Assalamualaikum...
Nama saya M. Afiq Daniel, saya merupakan anak sulong kepada tiga orang adik beradik, saya dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong, blogger ini merupakan blogger pertama saya, impian saya untuk membuat blog telah pun tercapai.
Mula-mula saya ingat untuk membuat blog sangat susah, saya menyuruh saudara saya untuk membuat blog untuk saya malah saudara saya memberi banyak alasan, oleh kerana itu saya cuba membuatnya sendiri dan akhirnya saya berjaya, dan sekarang baru saya tahu untuk membuat blog sangat senang.
Impian saya yang seterusnya ialah menghasilkan cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama anda, saya berharap anda semua terhibur dengan cerita yang akan saya kongsikan bersama anda selepas ini.
assalamualaikum...
ReplyDelete